BACKGROUND


GRED SEKOLAH : A


TARIKH MULA DIBUKA : TAHUN 1979

KELUASAN SEKOLAH : 2.631 EKAR

TARIKH DAFTAR : 16 MEI 1991
NO PENDAFTARAN : 3J(9)10/179

DIDAFTAR OLEH :
HAJI MOHD ADNAN BIN ISMAN
TIMBALAN PENDAFTAR
SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA ISLAM
JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR DARUL EHSAN




SEJARAH SEKOLAH RENDAH AGAMA IBNU KHALDUN
RAWANG.


                Sekolah Rendah Agama Ibnu Khaldun Rawang adalah berasal dari kelas  “ KAFA “ yang diwujudkan sekitar tahun 70 an dengan kerjasama antara jawatankuasa Kampung Kenanga dan jawatankuasa Masjid Jamek Rawang. Penempatan awal  kelas “KAFA “ tersebut adalah di bangunan dewan Masjid Jamek Rawang dengan bilangan kelas yang terhad. Di antara tenaga pengajar ketika itu ialah Ustaz Mustafa B. Ramli , Ustazah Shamsiah Bt Abdul Rahman dan Ustaz Zainuddin Bin Karima.
          Pada tahun 1978  kelas  kafa telah berpindah ke penempatan baru iaitu di bangunan Sekolah Menengah Agama Rawang (SAMER) di Kampung Kenanga dan telah menjadi Sekolah Rendah Agama Ibnu Khaldun. Pembinaan bangunan sekolah pada peringkat awal adalah sumbangan penduduk kariah Kg Kenanga dan kemudiannya telah didirikan 2 blok oleh JKR. Ia telah didaftarkan sebagai Sekolah Islam pada 16 Mei 1991.
          Pada tahun 1996 JAIS telah menyerahkan semua blok bangunan SAMER kepada SRA Ibnu Khaldun. Bangunan asrama telah dibaikpulih atas sumbangan individu sementara dewan makan telah dijadikan kelas dengan peruntukan oleh MAIS.
          Pada tahun 2004 pula telah bermula pembinaan blok baru 3 tingkat di atas tap[ak satu bangunan kelas lama yang telah dirobohkan dengan peruntukan RM 3.1 juta. Tapak keseluruhan bangunan sekolah telah digazetkan. Penyerahan kunci bangunan baru oleh pihak JKR adalah pada pertengahan tahun 2005.


No comments:

Post a Comment